
PROGRAM 'DANA GANTIAN PENDAPATAN'
(IRF)

Program persediaan perlindungan pendapatan bagi mendepani risiko kewangan yang terpilih demi masa depan keluarga yang tersayang.
Apakah Matlamat Program IRF Ini Kepada Anda?
- Menawarkan manfaat perlindungan pendapatan berstatus patuh shariah kepada peserta program IRF.
- Mengemukakan kepelbagaian pilihan pelan perlindungan pendapatan bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan peserta program IRF.
- Menyediakan gantian pendapatan berbentuk pampasan tahunan kepada peserta program IRF apabila menghadapi risiko-risiko kewangan terpilih.
Terma & Syarat Menjadi Peserta Program IRF
Warganegara & Bukan Warganegara yang Menetap di dalam Malaysia
Berumur 18 Tahun & ke Atas
Berstatus Sihat Mental & Fizikal
Golongan yang Menjana Pendapatan di dalam Negara
Informasi Ringkas tentang Program IRF
Program IRF merupakan dana daripada rangkuman pilihan tabung pelan perlindungan kewangan yang ditawarkan oleh pihak Takaful Ikhlas Family Berhad. Tawfeeq Consultancy melalui pengasasnya menjadi wakil kewangan yang sah untuk menawarkan program IRF ini kepada orang ramai.
- Program : Program ‘Dana Gantian Pendapatan’ (IRF)
- Pelan : Ikhlas Bersama, Ikhlas Dariku, Ikhlas Preferred Term & Ikhlas Value Term
- Perlindungan : Menghidapi Penyakit Kritikal, Hilang Upaya Kekal & Kematian
- Caruman : Pilihan 1% hingga 5% daripada Pendapatan Bulanan
Manfaat Program IRF
Pampasan pendapatan berjumlah dari 3 ke 5 tahun bagi peserta IRF yang menghidap penyakit kritikal
Pampasan pendapatan berjumlah sehingga 10 tahun bagi peserta IRF yang kehilangan upaya kekal
Pampasan pendapatan berjumlah sehingga 10 tahun buat keluarga peserta IRF yang telah meninggal dunia
Sesi Penerangan Program IRF
Sesi penerangan program RIF ini akan dijalankan secara atas talian melalui ‘Online Meeting‘ atau melalui temujanji di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak Tawfeeq Consultancy.
- Sesi : Penerangan Program ‘Dana Gantian Pendapatan’ RIF
- Masa : 1 Jam
- Lokasi: ‘Online Meeting‘ atau di Tawfeeq Consultancy,Eco Majestic, Semenyih (👈🏻 Klik untuk Maps/WAZE)