
SESI ASAS PERANCANGAN & PENGURUSAN KEWANGAN
(PFPM)

Membina asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi yang cemerlang ke arah kebebasan kewangan.
Sesi Bermula Dari
11th APRIL 2023
Terbuka Kepada
- Warganegara & Bukan Warganegara Malaysia
- Golongan Berkerjaya, Berbisnes & Pelajar
Yuran Sesi
PERCUMA
(Dibawah Program CSR)
Apakah Objektif Sesi PFPM Ini Buat Anda?
Mengenalpasti matlamat dan tujuan yang jelas sebab anda merancang dan menguruskan kewangan.
Mengetahui kategori umum pilihan orang ramai termasuk anda dalam cara untuk menjana sumber pendapatan.
Memperkasa ilmu dan tindakan anda di dalam asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi.
Mempersiap-siaga persediaan kewangan peribadi anda dalam mendepani risiko kewangan yang terpilih.
Membantu memperkemas perancangan dan pungurusan kewangan anda yang sedia ada ke arah yang lebih efektif dan efisyen.
Apakah Yang Telah Disediakan Dalam Sesi PFPM Ini Buat Anda?
Ilmu asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi yang lengkap dan komprehensif.
Insturumen untuk mengenalpasti, menganalisa dan mengukur keperluan dan kemampuan kewangan sedia ada.
Skill untuk merumus strategi dan solusi kewangan peribadi menepati matlamat yang telah ditetapkan.
Informasi tentang Sesi PFPM
Sesi PFPM ini akan dijalankan secara atas talian melalui ‘Online Meeting‘ atau melalui temujanji di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak Tawfeeq Consultancy dan ditanggung sepenuhnya di bawah program ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ (CSR).
- Sesi : Perancangan & Pengurusan Kewangan Peribadi (PFPM)
- Masa : 1 Jam
- Yuran : PERCUMA (CSR)
- Lokasi: ‘Online Meeting‘ atau di Tawfeeq Consultancy,Eco Majestic, Semenyih (👈🏻 Klik untuk Maps/WAZE)
Sesi PFPM Merangkumi
Langkah 1: Penjanaan Kewangan (Financial Generation)
- Mengetahui tiga tahap kesihatan terkini aliran tunai.
- Cara mengawal keluar / masuk aliran tunai.
Langkah 2: Perlindungan Kewangan (Financial Protection)
- Mengenal pasti risiko kewangan terpilih.
- Formula perlindungan kewangan bagi persediaan mendepani cabaran risiko kewangan terpilih.
Langkah 3: Simpanan Kewangan (Financial Saving)
- Mempelajari nisbah sihat simpanan bulanan.
- Strategi simpanan yang efektif dan efisyen.
Langkah 4: Pelaburan Kewangan (Financial Investment)
- Mengenal pasti matlamat yang ini dicapai melalui aktiviti pelaburan.
- Menyemak tahap toleransi risiko dan kadar pulangan keuntungan daripada instrumen pelaburan.
Langkah 5: Nilai Bersih Kewangan (Financial Net Worth)
- Ketahui penilaian tahap kesihatan nilai bersih kewangan.
- Mengenal pasti status semasa aset dan liabiliti.
Langkah 6: Penyucian Kewangan (Financial Purification)
- Mengaplikasi pembersihan hasil pendapatan melalui zakat harta.
- Strategi pengurusan cukai pendapatan.
Langkah 7: Pewarisan Kewangan (Financial Inheritance)
- Memahami proses pewarisan kewangan.
- Mengenali beberapa cara proses kewangan diwariskan.
***Sumber Rujukan: Modul dari 'Islamic Financial Planner' (IFP) & Modul Kewangan INFAQ
Matlamat Sesi PFPM
Anda dapat merancang dan mengurus kewangan peribadi menuju ke arah matlamat yang telah anda tetapkan.
Anda mengetahui kategori dan cara anda menjana sumber pendapatan.
Anda diperkasa dengan ilmu dan tindakan berkait asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi.
Anda telah bersiap-siaga dengan ilmu persediaan kewangan peribadi dalam mendepani risiko kewangan yang terpilih.
Anda berjaya memperkemas perancangan dan pungurusan kewangan anda yang sedia ada ke arah yang lebih efektif dan efisyen.